 |
Semua pegawai dan kakitangan Kerajaan yang perempuan yang beragama Islam diwajibkan
menutup aurat semasa menjalankan tugas di pejabat-pejabat. |
 |
Semua peniaga-peniaga perempuan dan pekerja-pekerja perempuan yang beragama Islam di
premis perniagaan yang mendapat lesen perniagaan daripada Penguasa-penguasa Tempatan
diwajibkan memakai tudung kepala (menutup aurat) |
 |
Semua premis perjudian seperti premis tempat jual tiket TOTO tidak dibenarkan beroperasi. |
 |
Semua pertunjukkan pentas yang melibatkan nyanyian oleh penyanyi perempuan yang berumur 12
tahun ke atas tidak dibenarkan. |
 |
Dikir barat yang tidak lucah yang tidak melibatkan orang perempuan sahaja yang
dibenarkan.Adapun yang lucah atau yang melibatkan peserta perempuan tidak dibenarkan sama
sekali. |
 |
Permainan Menora, Wayang Kulit, Makyong dan permainan-permainan lain yang bercanggah denga
ajaran Islam tidak dibenarkan. |
 |
Semua wang kerajaan Negeri yang disimpan di dalam akaun bank yang melibatkan riba
(interestn rate) dipindahkan ke Bank Islam atau bank yang tidak terlibat riba. |
 |
Subsidi baja padi diberikan kepada semua petani yang layak secara adil tanpa mengira
fahaman politik mereka. |
 |
Tanah-tanah kerjaan diberikan kepada rakyat (pemohon) yang layak secara adil tanpa mengira
fahaman politik. |
 |
Projek-projek yang tidak bercanggah dengan Islam sahaja yang dibenarkan untuk dilaksanakan
di Negeri Kelantan. |
 |
Konsesi kawasan balak dibuat secara tender bagi memperolehi hasil yang maksima. |
 |
Hukum Hudud digubal dan diluluskan oleh Dewan Negeri Kelantan [tidak dapat dilaksanakan
kerana belum dilulusakn oleh Parlimen Malaysia]. |
 |
Dimajlis-majlis resmi kerajaan, dif-dif perempuan dan dif-dif lelaki ditempatkan di
kawasan yang berasingan. |
 |
Tindakan ke atas orang-orang yang melanggar peraturan atau undang-undang dilakukan dengan
cara yang sopan (tidak kasar). Misalnya Pegawai-pegawai penguatkuasa tidak dibenarkan
menyepak atau menendang bakul-bakul peniaga. |
 |
Pasar malam ditutup sekejap pada waktu maghrib bagi memebolehkan peniaga-peniaga pasar
malam menunaikan sembahyang fardhu maghrib. |
 |
Tukang-tukang gunting rambut perempuan tidak dibenarkan menggunting rambut orang lelaki. |
 |
Kedai Pajak Gadai secara Islam(Ar-Rahn) telah ditubuhkan. |
 |
Mesyuarat-mesyuarat dan majlis-majlis perasmian dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah
dan ditutup dengan bacaaan Surah Al-Asri dan Tasbih Kaffarah |
 |
Musalla-musalla atau tempat-tempat sembahyang untuk orang-orang Islam diadakan di
tempat-tempat yang sentiasa dikunjungi oleh orang ramai seperti di Lapangan Terbang di
Pasar Besar, di stesyen bas dan sebagainya. |
 |
Kuliah-kuliah ugama atau ceramah-ceramah ugama kepada pekerja-pekerja kilang,
pegawai-pegawai kerajaan dan orang ramai diperbanyakkan. Pegawai-pegawai kerajaan diajar
atau didorong supaya menjalakan tugas dengan betul atau dengan ikhlas dan dengan cekap
iaitu jangan menyeleweng, jangan menerima rasuah, jangan melambatkan kerja, jangan menipu,
jangan membazir dan jangan menyalahgunakan kuasa dan hendaklah sentiasa ingat kepada Allah
Subhanahu Wa-taala yang sentiasa melihat kita. |
 |
Pinjaman membeli kenderaan untuk pegawai-pegawai kerajaan (termasuk wakil-wakil rakyat)
dan pinjaman perumahan untuk wakil wakil-wakil rakyat telah diubah kepada sistem pinjaman
tanpa riba. |