MUKA UTAMA

SEKOLAH MENENGAH AGAMA ( RAKYAT) TENGKU AMALIN A’ISHAH PUTRI
 

Muqaddimah

Sekolah Menengah Agama ( Rakyat), Tengku Amalin A’ishah Putri, sebuah sekolah agama di bawah kelolaan Majlis Agama Islam Kelanyan, bertempat di sebuah bangunan tersergam indah, Lot 1941, Mukim Tapang, Daerah Panji , Kota Bharu, terletak di jalan menuju ke Panji kira-kira 0.5 kilometer dari simpang tiga Jalan Pengkalan Chepa-Panji.


Konsep dan Falsafah Sekolah

Konsep dan falsafah sekolah ini adalah berdasarkan sistem BAKA, di mana dalam kukurikulum dan program pembangunan pelajarnya, penekanan diberi kepada aspek pembangunan daya kecergasan emosi (E.Q), sebagaimana juga penekanan yang diberikan kepada aspek kecerdasan mental (I.Q)

Sekolah ini bermatlamatkan untuk menjadi Sekolah Islam ulung yang matlamat akhirnya ialah bagi menghasilkan:

Wanita Islam yang Ulung.


Isteri yang Solehah.


Ibu yang Mithali.

Sekolah ini pada akhirnya akan menjadi "Pusat Ilmu Islam" dengan mengeluarkan produk:


Ketinggian pencapaian ilmu Islam.


Ketokohan sekolah sebagai pemimpin aktiviti-aktiviti Islamiah


Keceriaan suasana sekolah sebagai Institusi Islam yang unggul.


Keupayaan sekolah untuk menelurkan ‘hasilnya ‘ sendiri dari segi tuntutan Islam dalam bidang perniagaan.

Kukurikulum

Aspek yang dikenali sebagai "hidden curriculum" akan menjadi aspek paling dominan dalam pendekatan BAKA. Sistem pendidikannya adalah berteraskan sistem pendidikan negara dengan penekanan kepada bidang-bidang khusus seperti keagamaan, sains, teknologi maklumat dan aspek perniagaan berasaskan tijarah serta ma’alamat.

Pengurusan Sekolah

Sekolah ini dikendalikan sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Kelantan, dengan tenaga pengurusannya di ketuai oleh dato’ Paduka Prof. Wan Azman Wan Chik, pengasas-pengerusi BAKA. Kini mengendalikan BAKA Prep Sdn Bhd beribu pejabat di No 3 Jalan 12/12 Petaling Jaya, Selangor. Di samping nasihat dan bimbingan daripada pakar-pakar pendidikan terkemuka seperti Prof. Madya Dr Khadijah Rohani Mohd Yunus, Dr Syarifah Norul Akmar binti Syed Zamri, Prof Madya Dr Raja Maznah binti raja Hussain dan sebagainya. Kesemua tenaga pengajar sekolah ini diberi latihan dalam pendidikan berasakan sistem BAKA.


Kemasukan pelajar

Kemasukan pelajar bermula pada bulan Syawal 1420 Hijrah. Pemilihan pelajar akan dibuat berasaskan ujian saringan yang akan di lakukan pada awal Ramadhan Hijrah. 

sekagama.jpg (12281 bytes)

PENAFIAN : Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

DISCLAIRMER : The State Government of Kelantan shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.

.:: Paparan terbaik laman web ini menggunakan resolusi 800 x 600 ::.
Laman Web Ini diselenggarakan oleh Unit Pusat Maklumat Negeri, Kompleks Kota Darul Naim
© Copyright 2006 Pusat Maklumat Negeri Kelantan .All Rights Reserved

Unit Perancang Ekonomi Negeri
Tingkat 1, Blok 6 Kota Darulnaim
15503 Kota Bharu, Kelantan
upen@kelantan.gov.my
Tel: 609-7430504 Fax: 609-7443411

Tarikh Kemaskini 10 Jun 2007