MUKA UTAMA

PROJEK-PROJEK BESAR KADA
     
 
Projek Ladang Merdeka KADA

Projek ini merupakan usaha untuk membebaskan (memerdekakan) pemilik asal dari terus menanam padi secara persendirian tidak ekonomik. Projek ini membabitkan proses penyatuan lot-lot kecil untuk dijadikan ladang berskala besar dan diurus secara estet bawah pengurusan berpusat. Perbandingan hasil dalam bentuk dividen dan dibahagi mengikut kadar pemilikan asal. Pemilik-pemilik sawah yang dimemerdekakan digalak mencari pekerjaan alternatif bagi menambah punca pendapatan. Ladang merdeka mampu menyumbang hasil padi disekitar 5.5 tan/hektar dan pendapatan bersih peserta diantara RM1800 – 2300 ha/semusim.
Projek Pemodenan Sistem Pengairan (KADA)

Projek yang akan dilaksanakan dalam RM Ke 8 ini membabitkan peningkatan keupayaan dan pemodenan rumah-rumah pam, sistem pembekalan dan saluran serta pengwujudan sistem kawalselia yang lebih efektif.

Komponen projek mengandungi :


Pembangunan sumber bekalan air utama.


Pembangunan sumber air sekunder.


Peningkatan keupayaan taliair penghantar.


Peningkatan kecekapan taliair bekalan.


Pembangunan kemudahan di peringkat sawah.


Pemulihan Sistem saliran.


Penubuhan sistem kawal selia.


Penyelenggaraan sistem pengairan.

Projek ini nanti dijangkakan petani-petani KADA akan memperolehi pendapatan sebanyak RM217 juta setahun iaitu peningkatan 44 % daripada tahap perolehan semasa.
 
     

PENAFIAN : Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

DISCLAIRMER : The State Government of Kelantan shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.

.:: Paparan terbaik laman web ini menggunakan resolusi 800 x 600 ::.
Laman Web Ini diselenggarakan oleh Unit Pusat Maklumat Negeri, Kompleks Kota Darul Naim
© Copyright 2006 Pusat Maklumat Negeri Kelantan .All Rights Reserved

Unit Perancang Ekonomi Negeri
Tingkat 1, Blok 6 Kota Darulnaim
15503 Kota Bharu, Kelantan
upen@kelantan.gov.my
Tel: 609-7430504 Fax: 609-7443411

Tarikh Kemaskini 10 Jun 2007