MUKA UTAMA

PERANAN
     

Peranan UPEN Dalam Konteks Pembangunan

Selaku agensi yang bertanggungjawab ke atas perancangan pembangunan sosioekonomi negeri, sememangnyalah UPEN memainkan peranan yang besar dan penting dalam konteks merealisasikan pembangunan sosioekonomi yang mampan, yang menyumbang kepada kesejahteraan rakyat. Pada asasnya peranan utama UPEN boleh dibahagikan kepada 7 aspek sepertimana berikut:

ballhijau.gif (257 bytes)

Jentera Perancangan

ballhijau.gif (257 bytes)

Penyediaan Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Kajian Semula Separuh Penggal (Mid Term Review)

ballhijau.gif (257 bytes)

Penggubalan Dasar dan Strategi Pembangunan

ballhijau.gif (257 bytes)

Resource Agensi/Penasihat Ekonomi

ballhijau.gif (257 bytes)

Pusat Pelaburan Negeri

ballhijau.gif (257 bytes)

Pusat Maklumat Negeri

ballhijau.gif (257 bytes) Urusetia Jawatankuasa-Jawatankuasa "EXCO"
ballhijau.gif (257 bytes) Menyediakan Pelan Induk Pembangunan Negeri yang MerangkumiSektoral dan Spatial.


Peranan-peranan yang dinyatakan di atas adalah diperjelaskan sepertimana berikut :

titikhijau.gif (2262 bytes)

Jentera Perancangan

Meliputi proses perancangan iaitu ‘Project Planning Cycle’ yang merangkumi pengecaman projek, penyediaan projek, projek ‘appraisal’, projek ‘approval’, pelaksanaan projek dan ‘monitoring and evaluation’. Segala program, projek dan rancangan pembangunan adalah perlu dibawa dan dirujuk kepada UPEN bagi mendapat pandangan, analisa, penyelarasan dan seterusnya di bawa untuk pertimbangan dan kelulusan Kerajaan Negeri.

titikhijau.gif (2262 bytes)

Rancangan Pembangunan Lima Tahun

UPEN terlibat secara langsung dalam menyedia dan menyelaraskan penyediaan Rancangan Pembangunan Lima Tahun di bawah Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara-Negara bermula daripada Rancangan Malaysia Kedua hinggalah kepada Rancangan Pembangunan Lima Tahun semasa iaitu Rancangan Malaysia Ketujuh (RM7) (1996 – 2000). Kerajaan Pusat telah meluluskan peruntukan pembangunan kepada Kerajaan Negeri di bawah setiap Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara sepertimana berikut:

 

Peruntukan
RM Juta

      (a) Rancangan Malaysia 1 (1956-1960)

  83.92

      (b) Rancangan Malaysia II (1961-1965)

222.05

      (c) Rancangan Malaysia I (1966-1970)

  325.06

      (d) Rancangan Malaysia II (1971-1975)

  517.86

      (e) Rancangan Malaysia III (1976-1980)

1,001.17

      (f) Rancangan Malaysia IV (1981-1985)

2,819.52

     (g) Rancangan Malaysia V (1986-1990)

1,809.58

     (h) Rancangan Malaysia VI (1991-1995)

2,065.01

      (i) Rancangan Malaysia VII (1996-2000)
          (Pindaan Kajian Separuh Penggal)

2,506.00

titikhijau.gif (2262 bytes)

Penggubalan Dasar dan Strategi Pembangunan

UPEN bertanggungjawab menyediakan Dasar Pembangunan ekonomi Makro dan juga sektoral bagi Negeri Kelantan, serta strategi pembangunan. Sebagai contohnya dasar yang telah digubalkan ialah Dasar Pertanian, Dasar Pelancongan, Dasar Perindustrian, Dasar Pembangunan ‘Spatial’, Dasar Penswastaan dan lain-lainnya. Dasar-dasar dan strategi pembangunan menjadi garis panduan kepada perancangan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan oleh sektor awam dan swasta di negeri ini.

titikhijau.gif (2262 bytes) Resource Agensi/Penasihat Ekonomi

Kerajaan Negeri melalui EXCO ataupun Jawatankuasa EXCO merujukkan sebarang isu dan perancangan pembangunan ekonomi serta cadangan pelaburan  atau projek oleh sektor swasta, jabatan dan agensi kerajaan kepada UPEN bagi mendapat pandangan dan nasihat serta perakuan.Di samping itu jabatan dan agensi kerajaan juga membuat rujukan kepada UPEN mengenai cadangan-cadangan projek atau masalah pelaksanaan projek mereka.

 
titikhijau.gif (2262 bytes) Pusat Pelaburan Negeri

Pusat Pelaburan Negeri membantu, menyelaras dan memproses permohonan pelaburan oleh pihak swasta. Pusat ini berfungsi sebagai "Serenti" bagi pelaburan diNegeri Kelantan. Pusat ini telah menyediakan panduan pelaburan di Negeri Kelantan dan Peluang-Peluang Pelaburan di Negeri Kelantan. Menerusi Pusat ini Kerajaan Negeri telah meluluskan sebanyak 50 projek pelaburan pihak swasta di pelbagai sektor bernilai RM6.94 billion. Sebagai contohnya projek pembangunan ladang hutan, Pelabuhan Tumpat, Bandar Baru Pengkalan Kubor, Bandar Perikanan Tok Bali, Projek Industri Petroleum di Pantai Senok, Bachok, Projek Kilang Simen di Gua Musang dan sebagainya.

titikhijau.gif (2262 bytes)

Pusat Maklumat Negeri

Maklumat/data sosioekonomi Negeri disedia dan dikumpulkan oleh Pusat Maklumat Negeri. Data dan maklumat ini adalah menjadi input yang penting kepada jabatan dan agensi kerajaan serta pihak swasta dalam menyediakan rancangan dan projek masing-masing. Di antara laporan yang dikeluarkan oleh pusat ini ialah "Kelantan Development Statistics", Profil Sosio Ekonomi Negeri Kelantan, Laporan Ekonomi Negeri, Home Page Negeri Kelantan dan lain-lain
titikhijau.gif (2262 bytes)

Urusetia Jawatankuasa-Jawatankuasa  

Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) UPEN telah ditugaskan untuk mengurusetiakan 4 Jawatankuasa EXCO sepertimana berikut:
Jawatankuasa Perancang, Kewangan dan Pentadbiran Awam
Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Sumber Manusia.
Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Luar Bandar dan Industri Desa.
Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam, Kebudayaan dan Pelancongan.
Setiap jawatankuasa EXCO yang berkenaan ini bertanggungjawab menyelaraskan perancangan, pelaksanaan program dan projek pembangunan di bawah sektor masing-masing. Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab menggubal dasar sektor, mempastikan dasar dan strategi sektor diikuti oleh jabatan, agensi dan pelabur-pelabur swasta dan menyelesaikan sebarang masalah yang berbangkit dengan sektor mereka.
titikhijau.gif (2262 bytes)

Menyediakan Pelan Induk Pembangunan Negeri Pelan Pembangunan Sektoral dan ‘Spatial’

UPEN menyelaras dan menyediakan Pelan Pembangunan Ekonomi Negeri yang meliputi Pelan Induk Pembangunan Ekonomi Negeri, Pelan Pembangunan Sektoral dan Pelan Pembangunan Spatial. Kebanyakkan penyediaan pelan-pelan ini melibatkan pembabitan ‘pakar-pakar’ perunding dan UPEN berperanan membuat penyelarasan dan memandu pelaksanaan kajian, di samping menjadi ‘counterpart’. Kajian Pelan Pembangunan seperti ‘Kelantan Regional & Township Development’, Pembangunan Kawasan Lembangan Sungai Golok, Pelan Tindakan Industri Negeri Kelantan di Bawah Koridor Perindustrian Timur, Pelan Strategik Pembangunan Negeri Kelantan, Pelan Strategik Pertanian Negeri Kelantan dan Kajian Tebatan Banjir Sungai Kelantan adalah di antara contoh pelan-pelan pembangunan yang telah disiapkan, sedang disediakan dan sedang di peringkat perancangan.

     

PENAFIAN : Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

DISCLAIRMER : The State Government of Kelantan shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.

.:: Paparan terbaik laman web ini menggunakan resolusi 800 x 600 ::.
Laman Web Ini diselenggarakan oleh Unit Pusat Maklumat Negeri, Kompleks Kota Darul Naim
© Copyright 2006 Pusat Maklumat Negeri Kelantan .All Rights Reserved

Unit Perancang Ekonomi Negeri
Tingkat 1, Blok 6 Kota Darulnaim
15503 Kota Bharu, Kelantan
upen@kelantan.gov.my
Tel: 609-7430504 Fax: 609-7443411

Tarikh Kemaskini 10 Jun 2007