MUKA UTAMA

PENGENALAN
     
 

LATAR BELAKANG

Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan telah ditubuhkan dalam tahun 1973, ekoran daripada penubuhan Unit Perancang Ekonomi (UPEN), Jabatan Perdana Menteri di Peringkat Persekutuan.Penubuhan Unit ini adalah bagi memastikan kecekapan perancangan, pengurusan dan penyediaan pembangunan di peringkat Negeri. Secara khususnya penubuhan ini adalah untuk mempergiatkan aktiviti merancang, menilai dan menyelaras program-program pembangunan terutamanya hal-hal berhubung sosioekonomi supaya negeri ini mempunyai rancangan teratur dan boleh dilaksanakan dengan sempurna.

MISI

Mempastikan perancangan pembangunan sosioekonomi Negeri Kelantan berkembang dengan teratur bagi mencapai kesejahteraan ummah.

OBJEKTIF

Merangka dan menyelaras perancangan pembangunan sosio-ekonomi negeri berasaskan aspirasi rakyat dan dasar kerajaan mencapai peningkatan taraf sosial ekonomi yang mampan

FUNGSI

Merangka dan mengkaji semula rancangan-rancangan pembangunan sosioekonomi tahunan, jangka pendek dan jangka panjang bagi Negeri Kelantan

Menggalak dan meningkatkan pelaburan dan penyertaan sektor swasta.

Menyelaras perancangan, pelaksanaan dan penilaian projek-projek pembangunan negeri antara agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat di peringkat Negeri

Menentukan keutamaan bagi rancangan-rancangan dan projek-projek pembangunan bagi maksud mengagihkan peruntukan kewanganMenyediakan analisis ekonomi, teknik dan kewangan ke atas cadangan projek-projek pembangunan oleh agensi Kerajaan Negeri dan Pusat

Mewujudkan sistem pengurusan maklumat yang berkesan dengan cara mengumpul, menganalisis dan membuat unjuran data-data sosioekonomi negeri

Mengemuka dan berunding dengan pihak-pihak yang berkenaan bagi mendapatkan bantuan-bantuan teknikal dan kewangan untuk Kerajaan Negeri

Mengkaji sumber-sumber negeri dan keperluan-keperluan untuk pembangunan dengan kerjasama pihak berkenaan di peringkat Pusat.
Mengkaji semula sebab-sebab kelewatan dan masalah-masalah dalam pelaksanaan pelan-pelan pembangunan yang diluluskan serta mencadangkan cara penyelesaiannya

Menilai projek-projek yang memerlukan peruntukan Kerajaan Negeri atau Pusat sama ada secara pelaburan atau usahasama antara Kerajaan Negeri dengan sektor swasta

Membantu jabatan-jabatan atau agensi-agensi kerajaan dalam menyediakan perancangan ekonomi secara umum dari segi mengenalpasti (identification) dan membentuk (formulation) program dan projek-projek

YMenjalankan kajian sosioekonomi dan menjadi penyelaras bagi kajian oleh pakar-pakar perunding yang dilantik oleh kerajaan

Mempastikan supaya program dan projek pembangunan di negeri ini selaras dengan dasar dan matlamat Kerajaan Negeri

 
     

PENAFIAN : Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

DISCLAIRMER : The State Government of Kelantan shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.

.:: Paparan terbaik laman web ini menggunakan resolusi 800 x 600 ::.
Laman Web Ini diselenggarakan oleh Unit Pusat Maklumat Negeri, Kompleks Kota Darul Naim
© Copyright 2006 Pusat Maklumat Negeri Kelantan .All Rights Reserved

Unit Perancang Ekonomi Negeri
Tingkat 1, Blok 6 Kota Darulnaim
15503 Kota Bharu, Kelantan
upen@kelantan.gov.my
Tel: 609-7430504 Fax: 609-7443411

Tarikh Kemaskini 10 Jun 2007