MUKA UTAMA

PENDAHULUAN
     


Tujuan LAMAN ini disediakan ialah untuk memberi panduan kepada pelabur-pelabur atau bakal-bakal pelabur yang ingin melabur di Kelantan. Walaubagaimanapun LAMAN ini juga mungkin boleh menjadi bahan rujukan dan bacaan kepada pembaca-pembaca yang ingin tahu mengenai perkembangan ekonomi di Kelantan terutama dalam bidang pelaburan oleh pihak swasta.

   
Sebenarnya bidang pelaburan adalah satu bidang yang sangat luas, tetapi LAMAN ini hanya akan menumpukan perhatian utamanya kepada dasar dan tatacara pelaburan oleh pihak swata dan bagaimana pihak kerajaan membantu serta mendorong pihak swasta supaya membuat pelaburan di Kelantan.


Tatacara permohonan-permohonan pelaburan diproses dari satu peringkat kesatu peringkat akan dijelaskan secara terperinci dalam buku ini.

bulet.gif (1065 bytes)

Usaha-usaha secara langsung untuk meningkatkan pelaburan ini dijalankan oleh jabatan-jabatan dan agensi-agensi Kerajaan Negeri seperti:


Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).
bullethijau.gif (1362 bytes) Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Kelantan
Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK)
Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN)


Selain daripada itu ada usaha-usaha tak langsung untuk meningkatkan pelaburan yang dijalankan oleh lain-lain agensi Kerajaaan terdiri daripada:

Majlis Perbandaran Kota Bharu dan Majlis-majlis Daerah
Pejabat-pejabat Tanah dan Jajahan
Jabatan Kerja Raya (JKR)
Jabatan Pertanian
Jabatan Perkhidmatan Haiwan
Jabatan Perhutanan
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).


Agensi-agensi Kerajaan Persekutuan juga ada memainkan peranannya dalam meningkatkan pelaburan di Kelantan seperti:

Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)
Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)
Jabatan Kajibumi
Jabatan Alam Sekitar
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Institut Latihan Perindustrian
Jabatan tenaga Rakyat
Jabatan Perikanan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)

bulet.gif (1065 bytes)

Badan Swasta yang besar seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Syarikat Telekom Malaysia (STM) dan Kelantan Water Sdn. Bhd. (KWSB) juga secara tidak langsung memainkan peranannya dalam meningkatkan pelaburan di negeri ini.
     

PENAFIAN : Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

DISCLAIRMER : The State Government of Kelantan shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.

.:: Paparan terbaik laman web ini menggunakan resolusi 800 x 600 ::.
Laman Web Ini diselenggarakan oleh Unit Pusat Maklumat Negeri, Kompleks Kota Darul Naim
© Copyright 2006 Pusat Maklumat Negeri Kelantan .All Rights Reserved

Unit Perancang Ekonomi Negeri
Tingkat 1, Blok 6 Kota Darulnaim
15503 Kota Bharu, Kelantan
upen@kelantan.gov.my
Tel: 609-7430504 Fax: 609-7443411

Tarikh Kemaskini 10 Jun 2007