MUKA UTAMA

PROSES PERMOHONAN BORANG
     

Bunga_cute2.gif (225 bytes)

Permohonan-permohonan pelaburan diproses sebagaimana berikut:


Setelah permohonan sampai di Pejabat UPEN, permohonan itu didaftarkan dan disemak oleh UPEN bagi mempastikan sama ada permohonan itu lengkap atau tidak.


Permohonan yang lengkap hendaklah kemudiannya dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pelaburan Nbegeri kelantan atau Jawatankuasa Teknikal Penswastaan Negeri Kelantan atau Jawatankuasaa Teknikal Projek Ladang Hutan Negeri Kelantan mengikut mana yang sesuai untuk mendapat pertimbangan atau pandangan jabatan-jabatan Teknikal yang mengganggotai Jawatankuasa tersebut. Senarai ahli-ahli Jawatankuasa Teknikal Pelaburan Negeri kelantan, Jawatankuasa Teknikal Penswastaan Negeri Kelantan dan Jawatankuasa Teknikal Projek Ladang Hutan Negeri Kelantan adalah sebagaimana di Lampiran D, E dan F masing-masing.


Setelah permohonan itu diperakukan oleh Jawatankuasa Teknikal masing-masing, permohonan itu dibawa pula ke mesyuarat Jawatankuasa Serenti Perindustrian Negeri atau Jawatankuasa Penswastaan Negeri Kelantan atau Jawatankuasa Kecil Khas Projek Ladang Hutan Negeri Kelantan untuk mendapat pertimbangaan seterusnya. Senarai Ahli-Ahli Jawatankuasa Serenti Perindustrian Negeri Kelantan, Jawatankuasa Penswastaan Negeri Kelatan dan Jawatankuasa Kecil Khas Projek Ladang Hutan Negeri Kelantan ialah sebagaimana di Lampiran G,H dan I masing-masing.


Setelah permohonan itu diperakukan atau diluluskan pada dasarnya oleh Jawatankuasa yang berkenaan, surat kelulusan dasar akan dikeluarkan kepada pemohon iaitu memberitahu pemohon supaya mengemukakan permohonan milik tanah/pajakan tanah kepada Pentadbir Tanah Jajahan yang berkenaan. Satu salinan surat kelulusan dasar itu dihantar juga kepada Pentqdbir Tanah Jajahan yang berkenaan.


Setelah Pentadbir Tanah Jajahan menerima permohonan itu, beliau akan menyediakan kertas MMK (Majlis Mesyuarat Kerajaan) tanpa meminta pandangan daripada Jabatan-Jabatan Teknikal kerana Jabatan-Jabatan Teknikal telah memberi pandangan (sokongan) mereka dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan lain-lain Jawatankuasa yang berkenaan di perinkat negeri dan mengangkat kertas MMK itu kepada MMK melalui Pengarah Tanah dan Glian Kelantan


Setelah mendapat keputusan daripada MMK, Pentadbir Tanah Jajahan berkenaan akan menyampaikan keputusan itu secara bertulis kepada pemohon.


Carta Prosedur Pemerosesan Permohonan Projek Pelaburan adalah sebagaimana di
Lampiran J.
     

PENAFIAN : Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

DISCLAIRMER : The State Government of Kelantan shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.

.:: Paparan terbaik laman web ini menggunakan resolusi 800 x 600 ::.
Laman Web Ini diselenggarakan oleh Unit Pusat Maklumat Negeri, Kompleks Kota Darul Naim
© Copyright 2006 Pusat Maklumat Negeri Kelantan .All Rights Reserved

Unit Perancang Ekonomi Negeri
Tingkat 1, Blok 6 Kota Darulnaim
15503 Kota Bharu, Kelantan
upen@kelantan.gov.my
Tel: 609-7430504 Fax: 609-7443411

Tarikh Kemaskini 10 Jun 2007