MUKA UTAMA

KILANG PETROLEUM MILIK ANAK SYARIKAT
PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD
NEGERI KELANTAN
     
 

Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengorak langkah untuk mencebur dalam bidang industri petro kimia dan menjalankan operasinya di Pantai Senok, Bachok.

           Terdapat dua operasi utama di kawasan Industri Petrolium di Pantai Senok iaitu perusahaan membuat botol atau selinder gas dan perusahaan pengisian gas kedalam selinder.

           Perusahaan membuat botol gas bermula pada Ogos 1998 dengan kos permulaan lebih kurang RM40 juta. Terdapat pelbagai jenis selinder dikeluarkan. Saiz selinder untuk kegunaan domestik iaitu 12 liter dan 14 liter manakala untuk kegunaan industri iaitu 90 liter dan 108 liter ada dikeluarkan di kilang ini. Kilang ini mampu mengeluarkan purata selinder sebanyak 1100 hingga 1200 sehari dengan pengeluaran bulanan sebanyak 25 ribu hingga 30 ribu selinder sebulan. Semenjak memulakan operasi sebanyak lebih daripada 160,000 selinder telah dikeluarkan. Pelanggan utama kepada kilang ini adalah ESSO, PETRONAS untuk pesanan tempatan manakala selinder ini juga dieksport ke Hong Leong, Saigon, Vietnam dan B.P Petco, Vietnam.

           Satu lagi perusahaan petroleum di Pantai Senok, Bachok adalah perusahaan pengisian gas kedalam selinder gas. Gas telah dibawa masuk dari Songkla, Thailand dengan menggunakan lori tangki ke kilang ini. Di kilang ini, gas tadi akan dimasukkan kedalam selinder. Pelanggan utama kepada kilang ini adalah ESSO. Kilang ini mampu mengeluarkan lebih 200 selinder gas satu hari dengan tenaga kerja seramai 28 orang.

 
 
gas.jpg (21683 bytes)
 

PENAFIAN : Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

DISCLAIRMER : The State Government of Kelantan shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.

.:: Paparan terbaik laman web ini menggunakan resolusi 800 x 600 ::.
Laman Web Ini diselenggarakan oleh Unit Pusat Maklumat Negeri, Kompleks Kota Darul Naim
© Copyright 2006 Pusat Maklumat Negeri Kelantan .All Rights Reserved

Unit Perancang Ekonomi Negeri
Tingkat 1, Blok 6 Kota Darulnaim
15503 Kota Bharu, Kelantan
upen@kelantan.gov.my
Tel: 609-7430504 Fax: 609-7443411

Tarikh Kemaskini 10 Jun 2007