MUKA UTAMA

KELANTAN SECARA RINGKAS
     
 



Negeri Kelantan adalah salah sebuah daripada 13 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli mempunyai keluasan lebih kurang 15,000 kilometer persegi terletak di timur laut Semenanjung Malaysia berhadapan dengan Laut China Selatan.



Kota Bharu, ibu Negeri Kelantan, ialah sebuah bandar yang sibuk sebagai pusat tumpuan bagi pentadbiran dan aktiviti perniagaan. Ia juga merupakan bandar yang unik di Malaysia yang masih boleh menpertahankan cara hidup penduduknya dengan budaya yang asli (original) sehingga ia dimasyhorkan sebagai "Kota Bharu Kota Budaya".


Negeri Kelantan mempunyai penduduk seramai lebih kurang 1.2 juta orang. Sebahagian besar daripada penduduknya terdiri daripada orang Melayu beragama Islam. Pecahan penduduk mengikut kaum adalah sebagaimana berikut:

Melayu 1,108,416 orang 93.8%
China 54,357 orang 4.6%
India 8,277 orang 0.7%
Lain-Lain 10,635 orang 0.9%
Jumlah 1,181,680 orang 100.0%


Orang-orang Kelantan mempunyai sikap lemah lembut,ramah mesra,suka menolong, kuat bekerja, tegas, tahan lasak tetapi boleh menyesuaikan diri dengan keperluan proses pembangunan sosial dan ekonomi.


Maklumat asas sosio-ekonomi Negeri Kelantan adalah sebagaimana berikut:

Bank Perdagangan : 39 buah
Institusi Kewangan(Finance Companies) : 12 buah
Jalanraya
(Jalan Negeri & Jalan Persekutuan)
-menghubungi bandar Kota Bharu dengan semua    bandar di negeri Kelantan dan negeri-negeri lain.
: 2,300 km panjang
Jalan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur (melalui Kuantan) : 658 km (9 jam)
Jalan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur (melalui Gua Musang) : 474 km (6 jam)
Jalan dari Kota Bharu ke Port Klang : 690 km ( 10 jam)

Jalan dari Kota Bharu ke Penang/Penang Port

: 386 km ( 6 jam )
Jalan dari Kota Bharu ke Kuantan/Kuantan Port : 370 km ( 5 jam )
Jalan dari Kota Bharu ke Johor Bahru/Johor Bahru Port.  : 855 km ( 11 jam )
Penerbangan dengan Kapal Terbang MAS.
-Kota Bharu ke Kuala Lumpur
-Kota Bharu ke Johor Bahru
:
:
11 penerbangan sehari
2 kali seminggu
Jalan Keretapi.
-Wakaf Bahru ke Kuala Lumpur
-Wakaf Bharu ke Port Dickson
-Wakaf Bharu ke Johor Bahru
-Wakaf Bharu ke Butterworth
:
:
:
:
688 km
655 km
708 km
1,076 km
Tenaga Kerja (Tahun 1990) : 392,495 orang
(80% drpdnya bersekolah)
Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Tahun 1995 : RM2,96777.2 juta
KDNK Per Capita (1995) : RM2,230.22
Kadar Pertumbuhan (KDNK) (1991 – 1995) : 7.4%
Kadar pertumbuhan penduduk (1992-1995) : 2.4%
Kadar pengangguran (1995) : 2.8%
Kadar kemiskinan (1995) : 11%
Kadar kematian bayi (per 1,000 kelahiran) (1995) : 8.2%
Kereta setiap 1,000 penduduk (1995) : 51.5
Motosikal setiap 1,000 penduduk (1995) : 102.0
Telefon Biasa setiap 1,000 penduduk (1995) : 110
Telivisyen setiap 1,000 penduduk (1995) : 56
Peratus penduduk di bekal dengan air paip (1995) : 51.6
Peratus penduduk dibekal dengan elektrik  (1995) : 95.3
Bilangan doktor setiap 10,000 penduduk (1995) : 4.2
Institut Latihan Perindustruan : 1 buah


SUMBER ASLI
Sumber asli terdiri daripada hutan belantara(kayu balak), air terjun,tasik, pantai, bahan-bahan binaan [batu kapur, granite,marble], tanah yang sesuai untuk projek pertanian,perkilangan dan bahan galian seperti emas, barite dan lain-lain.
Kawasan Perindustrian:


Gua Musang 140.0 hektar
Jeli 29.4 hektar
Tanah Merah 84.4 hektar
MEIL Lundang 7.2 hektar
Pengkalan Chepa I 9.7 hektar
Pengkalan Chepa II 403.1 hektar
Kemubu 63.9 hektar
JUMLAH 737.7 hektar
 
     

PENAFIAN : Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

DISCLAIRMER : The State Government of Kelantan shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.

.:: Paparan terbaik laman web ini menggunakan resolusi 800 x 600 ::.
Laman Web Ini diselenggarakan oleh Unit Pusat Maklumat Negeri, Kompleks Kota Darul Naim
© Copyright 2006 Pusat Maklumat Negeri Kelantan .All Rights Reserved

Unit Perancang Ekonomi Negeri
Tingkat 1, Blok 6 Kota Darulnaim
15503 Kota Bharu, Kelantan
upen@kelantan.gov.my
Tel: 609-7430504 Fax: 609-7443411

Tarikh Kemaskini 10 Jun 2007