Assalamualaikum W.B.T.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnianya dapatlah juga Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Kelantan mempunyai laman webnya sendiri. Dengan adanya laman web ini, dapatlah pihak UPEN menjalankan fungsinya dengan lebih berkesan dalam menyampaikan maklumat yang terkini dan mutakhir berkenaan dengan kedudukan dan situasi ekonomi negeri Kelantan kepada para pengunjung.
Laman web UPEN yang ada masa kini adalah merupakan peringkat permulaan kepada pembinaan laman web yang lebih canggih dan interaktif. Buat masa ini, laman web yang ada hanya menyampaikan maklumat umum berkenaan dengan UPEN dan fungsi serta tugas-tugasnya. Pada masa akan datang, laman web ini akan dihubungkan kepada pengkalan data yang menyimpan maklumat asas ekonomi negeri Kelantan dan akan dilengkapi juga dengan ruang forum maya di mana bakal-bakal pelabur boleh berhubung dan berbincang secara terus dengan pegawai-pegawai UPEN.
Dunia akan melangkah ke alaf baru tidak lama lagi dan laman web ini adalah merupakan salah satu dari persediaan UPEN untuk turut sama melangkah. Semoga para pengunjung laman web ini mendapat manfaat darinya.
Sekian, Wassalam.
Tuan
Hj. Mohd Azamli bin Jamaluddin
Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) /
Pengarah Unit Perancangan Ekonomi
b.p. YB Dato' Setiausaha Kerajaan Kelantan |